بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات اعمالنا من يهده لله فلا مضل له ومن يضلل فلا هدي له نشهد أن لآ إله إلا الله ونشهد أن محمدا عبده ورسوله المبعوث رحمة للعالمين أما بعد،
Segala puji-pujian kepada Allah S.W.T. Tuhan Semesta Alam selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ,isteri-isteri dan sahabat baginda.
Saya Mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada Ustaz Nasrul fata bin wahab kerana telah memberi sedikit ilmu tentanga ilmu Al-Quran khusus tentang kerja kursus saya, yang bertajuk Ilmu Al-qiraat.Tidak lupa juga kepada ayah saya yang mendoakan dan sentiasa memberi sokongan moral untuk saya menyiapkan kerja kursus saya.Saya mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan khususnya kepada Mazlan bin Wanchik kerana sudi membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.
Sebagai akhir kalam,Saya berdoa ke-Hadrat Ilahi moga kehadiran kerja Kursus saya ini di berkati Allah s.w.t di dunia dan memberatkan timbangan kebajikan saya diakhirat kelak.
الحمد لله ما يسره من ننشز منقول حروف العشرة
ثم الصلاة والسلام السرمدي على النبي المصطفى محمد
وآله وصحبه ومن تلا ربنا على ما أنزلا
أما بعد,
Saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan hidayahnya,dapatlah saya menulis dan menyiapkan sebuah kerja kursus yang berkaitan dengan ilmu Qiraat.
Al-Qiraat membawa maksud satu ilmu yang membincangkan tentang kalimah-kalimah Al-Quran dan keadaan kalimah-kalimah tersebut seperti panjang,pendek dan sebagainya.Ilmu al-qiraat diasaskan oleh imam-imam Qurra’. Ada pendapat yang mengatakan ianya diasaskan oleh Abu Umar Hafs bin Umar Ad-duri.Ilmu Al-Qiraat merupakan semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan dengan Al-Quran dan hukum mempelajari ilmu al-Qiraat adalah Fardhu Kifayah.Proses pengajian dan pembelajaran ilmu al-Qiraat ini mestilah diambil daripada guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah kerana al-Quran dan Al-Qiraat merupakan Sunnah Muttaba’ (yang di ikut).
Terdapat dua Toriq (jalan) yang menjadi panduan utama dalam displin imlu al-Qiraat ini iaitu Toriq as-syathibi (Qiraat Tujuh) melalui Matan حرز الأ ما نى ووجه التهانى dan Toriq al-Jazari (Qiraat Sepuluh) Melalui Matan طىبة النشر فى القراءات العشر . Toriq as-Syathibi dinamakan dengan الصغري kerana periwayatan beliau terhadap turuq Qiraat adalah kecil dan sedikit,iaitu dengan Makna tidak menyeluruh dan mendalam terhadap kesemua Turuq Qiraat.Toriq al-Jazari pula dinamakan dengan الكبري kerana periwayatan beliau terhadap beliau terhadap Turuq Qiraat adalah menyeluruh dan mencukupi kesemua Turuq.Walaupun terdapat perbezaan diantara kedua-dua Toriq tersebut dari susur periwayatan Turuq masing-masing,namun kedua-duanya adalah betul dan sahih.
Di Malaysia Khususnya,Kaedah pengajian dan pembelajaran ilmu Tajwid lebih cenderung kepada Toriq as-Syathibi.Umat Islam dimalaysia qiraat حفص عن عا صم menggunakan Toriq al –Jazari.
Perkembangan Qiraat itu terbahagi kepada beberapa bahagian.Imam Ibn Al-Jazari menjelaskan Qiraat itu kepada Lima Jenis:-
1. QIRAAT MUTAWATIR
Iaitu qiraat diriwayatkan oleh satu kumpulan yang besar yang tidak mungkin berlaku pendustaan ,seperti qiraat yang terdapat dalan Toriq as-Syathibi dan Toriq al-Jazari.
2. QIRAAT MASYHUR
Iaitu qiraat yang sah sanadnya tetapi mencapai tahap Mutawatir.Menepati kaedah Bahasa Arab dan Membetuli ssalah satu Mushaf Uthmani,Masyhur dikalangan iman Qurra’ tetapi berlawanan jalan riwayatnya dengan Imam Tujuh dan setengahnya tidak.
3. QIRAAT AAHAD
Iaitu qiraat yang sah sanadnya tetapi menyalahi kaedah Bahasa Arab atau bacaanya tidak Masyhur dikalangan iman Qurra’.
4. QIRAAT SYAAZAH
Iaitu qiraat yang tidak ada Sanandnya.
5. QIRAAT MAUDHU’
Iaitu qiraat yang direka-reka yang bukan dating daripada Rasulullah s.a.w.Qiraat Aahad,Qiraat Syaazah,Qiraat Maudhu’ tidak boleh dibaca kerana ianya bukan dinamakan Al-Quran walaupun sanadnya sahih seperti sanad Aahad,Tetapi qiraat tersebut tidak terdapat dalam Rasm Uthmani
Pengenalan Ilmu Qiraat
Ilmu Qiraat adalah salah satu ilmu dari cabang-cabang ilmu yang ada hubungan dengan al-quran yang sewajarnya diberikan perhatian yang serius.Semenjak penurunan wahyu Allah,yang merupakan satu-satunya sumber pengambilan Qiraat hingga kini,ilmu Qiraat sentiasa dijaga,dipelajari,disuburkan,dan diperkembangkan oleh ulama’ yang silih berganti.Hukum mempelajari ilmu Qiraat adalah Fardu Kifayah.
Pengertian Qira'at
Al-Qira'at adalah jamak dari kata qir'at yang berasal dari qara'a - yaqra'u - qiraatan. Menurut istilah qira'at ialah salah satu aliran dalam mengucapkan Al-Qur'an yang dipakai oleh salah seorang imam qura' yang berbeza dengan lainnya dalam hal ucapan Al-Qur'anul Karim. Qira'at ini berdasarkan sanad-sanadnya sampai kepada Rasulullah SAW.
Perbezaan bacaan dizaman Rasulullah s.a.w.
Sebenarnya perbahasan dari sudut bacaan (al-Qiraat) ini mula timbul semenjak
zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Bermula dengan perbezaan bacaan di kalangan
para Sahabat r.a. Perkara ini merujuk kepada perbezaan bacaan al-Quran yang di
ambil dari Rasulullah s.a.w.
Imam al-Bukhari dalam sahihnya ada meriwayatkan bahawa Saidina Umar ibn
al-Khattab r.a. telah menegur bacaan Hisyam ibn Hakim r.a. ketika beliau
membaca Surah al-Furqan dengan membaca bacaan yang berbeza sebagaimana
yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Umar r.a. Kemudian Saidina
Umar r.a. telah membawa Hisyam berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. bagi
mendapat kepastian tentang bacaan tersebut. Setelah Rasulullah s.a.w.
mendengar bacaan Hisyam maka baginda bersabda; Begitulah ia diturunkan.
Kemudian Rasulullah s.a.w. mendengar pula bacaan dari Saidina Umar, lalu
baginda bersabda; Begitulah juga ia diturunkan. Lantas Rasulullah s.a.w.
menerangkan bahawa sesunggunya al-Quran itu diturunkan dengan tujuh huruf
(bacaan), maka bacalah apa yang mudah daripadanya.
Perkembangan Ilmu Al-Qiraat
Sekarang kita telah memahami bahawa al-Quran diturunkan dengan tujuh huruf dan kita juga jelas apa yang dimaksudkan dengan tujuh huruf tersebut.Kini kita akan menelusuri sejarah perkembangan ilmu qiraat sejak zaman junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.
Rasulullah s.a.w membaca kepada sahabat-sahabat baginda degan tujuh huruf ini.Maka berlaku kepelbagain dalam bacaan setiap para sahabat dan betebaranlah para sahabat di dalam menyebarkan kalimah Tauhid ini diseluruh pelusuk dunia.disebabkan kepelbagain inilah,maka generasi tabi’in juga mengalami perkara yang sama hasil dari penyebaran para sahabat Nabi s.a.w bacaan –bacaan tersebut.Begitulah seterusnya sehingga sampai ke zaman iman-imam yang agung dan mereka telah menyusun semula ilmu qiraat dan mengembangkannya dengan lebih tersusun.
Bilakah bermulanya penurunan al-Qiraat?
Adakah semasa Rasuullah s.a.w dimekah ataupun dimadinah? Disinilah terdapat dua pendapat:-
Pendapat yang pertama: Diturunkan dimekah bersama al-Quran ketika bermulanya penurunan al-Quran.Pendapat ini berdasarkan kepada sebahagian besar surah al-Quran adalah Makkiyah dan pada surah-surah tersebut terdapat wajah qiraat (bacaan) yang terdapat dalam surah-surah Madaniyyah.
Pendapat yang kedua: Di turunkan di Madinah selepas penghijrahan Rasulullah s.a.w ke madianh.Seperti yang diketahui umum selepas berlakunya penghijrahan baginda s.a.w ramai manusia telah memeluk agama islam.Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa.Maka dengan turunnya al-Qiraat sebagai kemudahan kepada umat islam bagi mempelajari dan membaca al-Quran dengan tujuh huruf[1]
Perkembangan ilmu Qiraat dalam dunia islam.
Perkembangan ilmu Qiraat dalam dunia islam pada hari ini secara puratanya adala seperti berikut[2] :
Qiraat Nafi’ bin Abd Rahman
- Riwayat Qalun:terdapat di Libya dan sebahagian di Tunisia.
- Riwayat Warsh:Semenanjung Tanah Arab dan Maghribi,sebahagian ditunisia dan Sudan.
Qiraat Abu ‘Amru Ibn al-Ala’ Al-Basri:
- Sebahagian di sudan
Qiraat Abdullah Bin Amir:
- Terdapat di yaman
Selebihnya dinegara-negara lain tidak ada qiraat lain melainkan qiraat ‘Asim bin Abi an-najjud dengan riwayat Hafs bin Sulaiman al-Kufi.Statistik perangkaan yang mudah menjelaskan nisbah perkembangan ilmu qiraat dalam dunia islam adalah seperti berikut:-
1) Qiraat Nafi’ -Riwayat Qalun (7%)
-Riwayat Warsh (3%)
2)Qiraat Abu ‘Amru Ibnu al-Ala ‘al-Basri (3%)
3)Qiraat Abdullah Bin Amir ad-DiMasyqi (2%)
4)Qiraat ‘Asim Bin Abi an-Najjud dengan riwayat Hafs (85%)
Perbezaan Al-Quran danAl- Qiraat
Sebenarnya tiada perbezaan di antara al-Quran dan Qiraat, kerana ia adalah gabungan yang tidak boleh dipisahkan, dengan makna al-Quran itu adalah Qiraat dan Qiraat itu adalah al-Quran. Kedua-duanya menjadi ibadah kepada umat Islam, kerana definasi al-Quran ialah :
“kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam Bahasa Arab melalui Jibril AS dan membacanya adalah ibadat”
Namun begitu, terdapat juga di sana beberapa pandangan yang mengatakan bahawa al-Quran dan qiraat itu terdapat perbezaan. Antaranya pendapat Imam al-Zarkasy r.m mengatakan:
Al-Quran ialah wahyu yang diturunkan oleh Allah taala kepada Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan keterangan dan mukjizat.
Al-Qiraat adalah kekhilafan pada lafaz-lafaz wahyu dalam huruf al-Quran dan membincangkan bagaimana sebutannya dari lafaz-lafaz yang ringan atau berat dan sebagainya.( maka al-Quran dan Qiraat adalah dua hakikat yang berbeza).
Abu khusyuei berpendapat dalam bukunya Pengenalan Ilmu Qiraat- pendapat ini adalah kurang tepat keran terdapat perbezaan di antara al-Quran, sedangkan al-Quran dan Qiraat adalah satu kombinasi wahyu. Walaupun masih ada di sana perbezaan dari sudut umum dan khusus, di mana al-Quran itu umum manakala Qiraat itu khusus al-Quran dan Qiraat tetap merupakan satu kombinasi yang tidak boleh dipisahkan.
Hikmah Turunnya Al-Quran dengan Tujuh Huruf
1)Menjadi dalil terpeliharanya Kitab Alllah daripada perubahan.
2)Menyatukan umat Islam di atas lisan yang satu iaitu ilasan Quraisy (al-Quran diturunkan dalam bahasa Quraisy)
3)Untuk meringankan kepada umat Islam didalam pembacaan al-Quran.
PEMBAHAGIAN AL-QIRAAT
Al-Qiraat jika ditinjau dari sudut sanad terbahagi kepada enam[3]:
1) Al-Mutawatir
Qiraat yang diriwayat oleh satu kumpulan dari satu kumpulan dimana mustahil bagi mereka bersepakat untuk melakukan penipuan atau pendustaan terhadap satu-satu bacaan.Contohnya qiraat yang telah disepakati daripada imam-imam yang tujuh.
2)Al-Mashyur
Qiraat yang sah sanadnya kerana periwayatan yang adil,mempunyai kekuatan ingantan dan meriwayatkan daripada periwayatan yang sepertinya tetapi tidak mencapai tahadap mutawatir.Qiraat ini juga bertepatan dengan kaedah bahasa Arab (nahu) dan terdapat salah satu daripada rasm Mushaf Uthmani samaada daripada qiraat Tujuh atau sepuluh.Disamping itu ,qiraat ini juga Masyhur dikalangan qurra’dan tidak dikira sebagai salah disis qurra’.
Contohnya qiraat yang diriwayat daripada imam yang tujuh tetapi tidak disepakati dan terdapat periwayat yang meriwayatkan qiraat yang yang tidak diriwayatkan oleh yang lain.Hasil agung dalam kedua-dua bahagian ini adalah seperti at-Taisir bagi Imam ad-Dani,As-Shathibiyyah dan Tayyibatun Nashri.Kedua-dua bahagian ini dibaca dengan wajib beritikad (mempercayai) akan kebenarannya dan tidak boleh mengingkarinya.
3)Al-Ahad
Qiraat yang sah sanadnya tetapi bersalahan dengan resam Uthmani atau bahasa Arab atau tidak masyhur seperti yang disebutkan.Bahagian ini tidak boleh dibaca dan tidak wajib beri’tikad (mempercayai) akan kebenarannya.Sebagaimana yang dikeluarkan oleh
Ibnu Abbas:
لقد جا ء كم من أنفسكم[4]
Dibaca dengan fathah (baris atas) pada huruf fa.
فلا تعلم نفس ما أخفي لهم من قرا ت أعين[5]
Dibaca dengan lafaz jama’ pada kalimah قرا ت
4)As-Shaz
Qiraat yang tidak sah pada sanadnya seperti Qiraat Ibnu Abbas As-Sumaiqi:
فا ليوم ننحيك ببدنك لتكون لمن خلفك ءابة[6]
Ditukar huruf jim kepada ha’ dan dibaca dengan Fathah (baris atas) pada hurud lam خلفك
5)Al-Maudu’
Qiraat yang diriwayat oleh periwayatan tanpa ada asas sebagaimana dinaqalkan oleh Abu Qasim Al-Huzali seperti qiraat al-khuzai’:
إنما يخشي الله من عباده العلماء[7]
Dibaca dengan rafa’ (baris depan) pada lafaz Jalalah الله dan nasab (baris atas)
pada kalimah العلماء
6)As Shabih bil Mudraj
Qiraat yang ditambah kerana manafsirkan ayat:
i- Qiraat Saad Ibn Abi Waqqas:
وله أ خ أ و أخت من أم[8]
Ditambah dengan kalimah “من أم “
ii- Qiraat Ibnu Abbas :
ليس عليكم جنا ح أ ن تبتغوا فضلا من ربكم في مو اسم الحج[9]
Ditambah dengan kalimah في مو اسم الحج
iii-Qiraat Ibnu az-Zubair
ولتكم منكم أمة يد عون إلى الخير ويأمرون با لمعروف وينهون عن المنكر ويستعينون با الله على ما اصابكم [10]
Ditambah dengan kalimah ويستعينون با الله على ما اصابكم
IMAM QURA’ PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W
Al-quran merupakan mukjizat teragung Al-habibul-Mustafa sayyiduna Muhammad S.A.W yang abadi telah diturunkan oleh Allah Taala dalam struktur bahasa Arab yang paling tinggi ditambah dengan keindahan balaghahnya.Oleh itu ilmu qiraat diturunkan oleh Allah Taala serentak dengan penurunan Al-quran sebagai bukti kesempurnaan mukjizat ini bertujuan untuk memudahkan proses pembacaan dan pemahaman terhadap Al-quran lantaran perbezaan lahjah (dialek) diantara qabilah-qabilah arab samada dari sudut intonasi ,bunyi,huruf dan lain-lain.Maka ilmu ini mempunyai beberapa ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat dalam bidang-bidang ilmu yang lain dan telah memainkan peranan yang penting pada era terawal kegemilangan islam lebih-lebih lagi dalam pentafsiran Al-quran.
Ilmu ini telah mulai mantap dan berkembang pada zaman Rasulullah S.A.W sebagai mursyid utama kepada sahabat baginda yang kemudiannya menjadi masyaikhul qiraat di kalangan masyarakat islam antaranya Ubay,Ali,Zaid bin Thabit,Ibnu Mas'ud dan Abu Musa Al-Asya'ri Radiallahunanhum yang seterusnya menjadi sumber pembacaan Al-quran bagi sebahagian besar para sahabat dan generasi tabiin.
1)BIODATA IMAM NAFI’
Nama:Nafi’ bin Abd.Rahman bin Abi Na’im.
Gelaran:Abu Ruwim atau Abu Hassan atau Abu Abd.Rahman
Asal: Asbahan
Sifat-sifat peribadinya:
- Berkulit Hitam
- Wajah yang mudah tersenyum
- Berakhlak mulia
- Suka bersenda gurau
- Imam Qiraat di maddinah.
Bertalaqqi dengan 70 Imam Tabi’in,antaranya:
- Abu jaafar.
- Syaibah bin Nasosh.
- Muslim bin Jundab.
- Yazid bin Ruman.
- Muhammad bin Muslim bin Shihab.
- Abd.Rahman Bin Hurmuz.
Tarikh Lahir: Dalam Lingkungan tahun 70h.
Tarikh Wafat: 169H
Di antaara yang mengambil sanad dengan imam Nafi’ ialah:
-
|
- Imam al-Laith bin Saad.
-
|
|
- Isa bin wardan.
2)BIODATA IMAM IBNU KATHIR
Nama: Abdullah bin Kathir bin ‘Amru bin Abdullah bin Zazan bin Fairuz bin Hurmuz.
Tahun Lahir: 45 h di Mekkah.
Tahun Wafat: 120 di Mekkah.
Gelaran: Abu Ma’bud
Sifat-sifatnya:
- Berbadan Tegap dan tinggi.
- Berkulit hitam manis.
- Bermata biru.
-
|
3)BIODATA IMAM ABU ‘AMRU’
Nama: Zabban bin al-‘Ala bin ‘Umar bin Al-iryan bin Abdullah bin Husin.
Tahun Lahir: 68 atau 70 h di Makkah.
Tahun Wafat: 154 h di Kufah ,Iraq.
Gelaran: Ibnu al-‘Ala.
Sifat-sifat peribadi:
- Seorang yang sangat dihormati dikalangan bangsa arab.
- Mendapt Pujian daripada kebanyakan penyair di tanah Arab.
- Pakar dalam bidang berkaita Al-Quran
- Seorang yang benar ,dipercayai,amanah,zuhud dan alim dalam bidang agama.
- Ulama ‘ besar yang beramal dengan ilmunya.
- Menjadi contoh dalam masyarakat Arab pada zamannya dalam Qiraat,Nahu dan feqah.
4)BIODATA IMAM IBN AMIR
Nama: Abdullah bin ‘Amir bin Yazid bin Tamin bin Rubai’ah bin ‘Amir al-Yahsobi.
Tahun lahir :21 H Setengah pendapat mengatakan pada tahun 8 h.
Tahun Wafat: 118 H.
Gelaran: Abu ‘Imran.
Keistimewaan:
- Imam Qiraat dalam masyarakat Syam.
- Gabenor,qadi dan Imam Di Damsyik.
- Terbaik dikalangan Muslimin Tabi’in.
5)BIODATA IMAM ‘ ASIM
Nama: Asim bin Abi Najud (Abdullah).
Gelaran :Abu Bakar.
Tahun wafat: 127 di Kufah.
Keistimewaan:
- Salah seorang dari imam Qiraat Tujuh.
- Dari kalangan tabi’in.
Guru-gurunya:
- Abi Abd Rahman Abdullah bin Habib bin Rabi’ah.
- Abi Maryam Zur bin Habish bin Habasyah.
- Abi A’mru Saad bin Ilyas.
6)BIODATA IMAM HAMZAH
Nama: Hamzah b. Habib b. ‘Amarah b. Ismail b. Al Kufi At Tamimy.
Tahun Lahir: 80 H
Tahun Wafat: 156 H ,di Helwan,Iraq ketika berusia 76 Tahun.
Gelaran: Abu A’marah.
Keistimewaan:
- Salah seorang Imam Qiraat Tujuh.
- Imam Qiraat di Kufah,Iraq.
- Setiap Hujah-hujahnya boleh dipercayai.
Diantaranya guru-gurunya:
- Abi Muhammad Sulaiman bin Mahran.
- Abi Hamzah Hamran bin A’ayan.
- Abi Ishak ‘Amru bin Abdullah’.
| |||||
7)BIODATA IMAM KISAEI
Nama: Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Othman bin Fairuz.
Tahun Lahir: 119 H.
Tahun Wafat: 189 H.
Gelaran:Kisaei.
Antara guru-gurunya:
- Imam Hamzah
- Muhammad bin Ali Laili.
- ‘Isa bin Umar al-Hamzani.
Keistimewaan :
- Diantara imam Qiraat Tujuh.
- Alim dibidang Al-Quran dan Al-Qiraat
- Alim dan imam di dalam ilmu Nahu dan Bahasa Arab.
Baki tiga Qurra’ yang lain.
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
1)Biodata Imam Syathibi
- Nama:Abu Qasim bin Firruh bin Kholaf bin Ahmad as-Syatibi Al-Andalusi.
- Tarikh Lahir:538 H di Syathibi satui daerah di Andalus (Sepanyol).
- Tarikh Wafat:28 Jamadil Akhir 590 H dan dikembumikan dijabal Muqottam kaherah,Mesir.
- Beliau telah menghafal Al-Quraan dan bertalaqi ilmu Qiraat dari Abi Abdullah Muhammad bin Abi ‘As.
2.Biodata Imam Jazari
- Nama: Ahmad bin Muhammad nin Muhmaad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf bin Jazari.
- Tarikh Lahir:17 Ramadhan 770 H di Damsyik.
- Tarikh Wafat:833 H.
- Beliau telah menghafal Al-Quraan ketika umurnya 9 tahun.
SYARAT-SYARAT DITERIMA SEBAGAI QIRAAT YANG SAHIH & RUKUN QIRAAT
1.Sanad qiraat mutawatir yang sahih datang daripada Rasulullah s.a.w dan rawi yang meriwayatkan qiraat tersebut daripada satu golongan yang ramai dimana mustahil bagi mereka bersepakat untuk melakukan penipuan dan pendustaan.
2.Qiraat yang tidak bercanggah dengan kaedah bahasa Arab (Wajah –wajah nahu).
3.Qiraat yang tidak bercanggah dengan resam Uthmani.
Berkata imam Jazari:
فكل ما وافق جه نحو وكان للرسم احتمالا يحوي
وصحاسنادا هو القران فهذه التلا ثة الأركان
Terjemahan : Maka setiap bacaan yang bertepatan dengan kaedah nahu (displin tata Bahasa Arab) dan bacaan tersebut terdapat dalam rasm Uthmani (mushaf Saidina Uthman r.a.) walaupun penulisnya ihtimal (dibaca dengan dua bacaan atau lebih didalam hanya satu penulisan) serta sah sanadnya (mutawatirah) maka inilah tiga rukun bacaan Al-Quran.[11]
Sebagaimana yang diketahui umum bahawa al-Quran itu tidak memadai degan hanya diriwayatkan dari satu dua perawi sahaja.Bahkan hendaklah dinaqalkan daripada jumhur qurra’dari satu generasi (bilangan yang ramai) ke generasi yang lain sehingga mencapai tahap keyakinan dimana mustahil bagi mereka bersepakat untuk melakukan penipuan dan pendustaan terhadap bacaan.
Perbezaan pandagan ulama’-ulama’ dalam menetapkan bacaan yang sahih,adakah memadai dengan sanad yang sahih atau bacaan yang mutawatir?Imam al-Jazari telah mensyaratkan sah pada sanad adalah prasyarat untuk diterima sebagai qiraat yang sahih.Pendapat ini disepakati oleh Syeikh Makki bin Abi Thalib dengan menjadikannya (sanad yang Sahih) sebagai Mutawatir.
Sebahagian Ulama’ Mutaakhirin pula telah menetapkan bahawa tidak memadai dengan hanya sah pada sanad sahaja bahkan bacaan tersebut hendaklah mutawatir.Bagi Mereka al-Quran tidak diterima sebagai bacaan yang sahih melainka degan sanad yang mutawatir.
Secara amnya,rukun yang paling penting dalam menetapkan bacaan yang sahih ialah rukun yang pertama iaitu bacaan yang mutawatir,manakala dua rukun lagi adalah menjadi kelaziman padanya sahaja.Jika sah satu-satunya bacaan itu mutawatir,maka pada kebiasaannya bacaan tersebut bertepatan dengan kaedah bahasa arab (nahu) dan salah satu resam Uthmani.
ألحمد لله الذي هدانا لهذا وما كنا لنهتدي لولآ أن هدانا الله, أشهد أن لآ إله إلاالله وحده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله الذي بلغ الرسالة وأدى الأمانة ونصح الأمة ثم تركنا على نهحية البيضاء ليلها كنهارها. وسلم ورضي الله تعالى آله وأصحابه أجمعين.
Dikesempatan ini tidak kesemuanya yang dapat saya jelaskan di sini.Saya mengharapkan semoga dengan kerja Kursus saya dapat membantu sebar sedikit tentang Ilmu Qiraat mudah-mudahan kita dapat petunjuk dari yang Maha Esa
Ilmu Qiraat ini tidak mungkin dapat kita kuasai dalam masa yang singkat melainkan dengan pembelajaran yang tekun dan berterusan sahaja.Qiraat tidak cukup dengan hanya mengenali dan mempelajarinya secara teori semata-mata tetapi lebih jauh dari itu perlu ada satu latihan praktikal membacanya bagi memastikan ketepatan dan kebersanaan pada sebutan bacaanya.
Perlu kita sedari bahawa pendedahan ilmu qiraat ini telah pun berkurangan dinegara-negara Islam di seluruh dunia dan hanya menjadikan bacaan riwayat Hafs ‘an’Asim sahaja sebagai bacaan rami.Namun begitu masih juga terdapat bacaan –bacaan lain yang dipraktikkan di bebrapa Negara tetentu contohnya bacaan riwayat Qalun dan Warsh yang masih lagi dibaca oleh kebanyakkan masyarakat dinegara Maghribi.Manakala Negara Yaman dan Sudan masih membaca dengan bacaan riwayat Duri ‘an Abu ‘Amru.
.Wallahua’lam.
اخى ايها المجتاز نظمى ببا به ينادى عليه كاسد السوق اجملا
وظن به خييرا وسامح نسيخه بالاغظاء والحسنى وإن كن هلهلا
وسلم لا حدى الحسنيين إصا بة والاخراجتهاد رام صوبا فا محلا
وان كان خرق فا دركه بفظلة من االحلم وليطله من جاد مقولا
BIL | NAMA KITAB | NAMA PENGARANG | TEMPAT CETAKAN | TAHUN |
1. | Al-Khulasah Ulum-Quran | Syeikh Nasrulfata b. Wahab | - | 2002 |
2. | Al-Burhan Fil Ulum Quran | Syeikh Badruddin Az-Zarkashi | Dar Ihya’ | 1957 |
3. | Pengenalan Ilmu qiraat | Us. Mohd b. Arshad Mohd Nahi b. Mohd Hasbullah | Al-I’lam | 2009 |
4. | Manhaj Qiraat 7 berserta dalil Matan Imam Syatibi | Syeikh Mohd Nazri b. Abdullah | Pustaka Salam | 2007 |
5. | At-Tibyan Fi Ulumil Qura’n | Dr. Mohd Ali Sobuni | Alimul Kutub | 1975 |
6. | Al-Qaul As-Sadid fi Ad Difa’an Al-Qiraat | Dr. Salim Muhaisin | - | - |
7. | Nasy’atul Qiraat | Dr. Sami Abd. Fattah Hilal | - | - |
BIL | TAJUK | MUKA SURAT |
1 | SEKAPUR SIRIH | |
2 | PENDAHULUAN | |
3 | Perkembangan Qiraat | |
4 | Pengenalan Ilmu Qiraat | |
5 | Pengertian Al-Qiraat | |
6 | Perbezaan bacaan di zaman Rasulullah | |
7 | Perbezaan Al-Quran dan Al- Qiraat | |
8 | Hikmah Turunnya Al-Quran dengan Tujuh Huruf | |
9 | PEMBAHAGIAN AL-QIRAAT | |
10 | Imam –imam Qura’dizaman Rasulullah | |
11 | Biodata imam-imam Qiraat dan Riwayat | |
12 | Baki tiga Qurra’ yang lain | |
13 | SYARAT-SYARAT DITERIMA SEBAGAI QIRAAT YANG SAHIH & RUKUN QIRAAT | |
14 | Penutup | |
15 | Rujukan | |
[1] Diantara kedua-dua pendapat ini,Dr Salim Muhaisin dalam kitabnya al-Qaulu as-Sadid Fi ad-Difa’ An al-Qiraat mengatakan pendapat yang pertama adalah rajih.Beliau berpendapat sedemikian kerana sebanyak 83 Surah-surah al-Quran telah diturunkan ketika di mekkah lagi.Begitu juga dengan bacaan tujuh huruf pada ketika itu,dimana baginda Nabi Muhammad s.a.w telahpun menerimanya.
[2] Lihat kitab alMufiq Fi Ilmi-Tajwid karanngan ‘Aitani abd Rahman.
[3] Lihat Kitab al-Itqan Fi Ulum Al-Quran .Dr Salim Muhaisin berpandangan dalam kitabnya al-Quran Kitabnya Al-Qaul As-sadid Fi Ad-Difa’ ‘An Qiraat al-Quran bahawa sanad qiraat terbahagi kepada dua bahagian:
i-Qiraat Mutawatirah:Iaitu qiraat yang memenuhi 3 syarat yang telah disebutkan sebelum ini.
ii-Qiraat Syazah:Iaitu 4 bahagian akhir (al-Ahad ,as-Syaz,Al-Maudu’ dan Mudraj) yang disebutkan oleh imam as-Sayuthi dalam kitabnya al-Itqan Fi Ulum Al-Quran pada ban diatas.
[4] Surah at-Taubah (128)
[5] Surah as-Sajadah (17)
[6] Surah Yunus (92)
[7] Surah Fathir (28)
[8] Surah an-Nisa’
[9] Surah Al-Baqarah (198)
[10] Surah Ali –Imran (104)
[11] Lihat Matan Thoyyibatun Nashr.
No comments:
Post a Comment